Selasa, 16 Jun 2009

Sikap Amerika Syarikat keatas Pilihanraya di Iran.

Setiausaha Negara, Hillary Clinton menyatakan pendirian bahawa U.S akan sentiasa memerhatikan situasi yang berlaku sekarang dengan lebih dekat lagi. Didalam tafsiran yang lain, U.S akan cuba mencari ruang untuk mencampuri urusan dalaman negara berpendudukan Syiah yang terbesar.

Didalam konferensi di Niagara Falls, Ontario, mereka akan bersama-sama dengan penduduk dunia menunggu dan melihat apakah pilihan penduduk Iran. Ini dilihat sebagai salah satu cari U.S cuba mendaptkan kembali simpati dan keperCayaan rakyat dimana seringkali dikhianati, terutama sekali oleh bekas setiausaha U.S, Condelezza Rice, the Black Devil.

Jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs menyatakan didalam ucapannya bahawa pentadbiran Obama setakat ini berpuas hati dengan proses pilihanraya yang dipenuhi dengan debat, dan dijana oleh ramai orang-orang muda.

Sementara di Iran, kebanyakan golongan muda menolak Ahmadinejad kerana pro-konservatif dan tidak membenarkan kebebasan bersuara di negara tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.