Keputusan pilihan raya Iran yang mengekalkan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden, mencetuskan konflik di negara itu, dan perkara itu menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.Lihat saja di dalam berita arus perdana, rakyat, terutama golongan muda menolak kemenangan Ahmadinejad yang dilihat sebagai pro-konservatif.
Calon pro-pembaharuan, yang juga bekas Perdana Menteri, Mir-Hossein Mousavi mengemukakan dakwaan kepada Majlis Pelindung Perlembagaan kelmarin supaya keputusan pilihan raya itu dibatalkan. Pengerusi majlis itu berkata semalam, siasatan akan dilakukan terhadap dakwaan berlaku penipuan kertas undi.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, hasrat sebenar rakyat Iran perlu dihormati dengan sepenuhnya. Beliau akan terus mengikuti perkembangan siasatan berkenaan.Walaubagaimanapun, diharapkan tiada campurtangan dari pihak luar ke atas proses demokrasi yang berlangsung di Iran.
Presiden A.S., Barack Obama pula berkata, terpulang kepada rakyat Iran untuk memilih dan menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Apa yang dapat ditafsirkan dari kata-kata Barack Obama, jelas U.S tidak mahu lagi meneruskan legasi dasar lama yang dipimpin oleh George W. Bush. Walaupun begitu, tiada sebarang perkembngan bagi proses perdamaian di Iraq dan Palestin.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.