Selasa, 23 Jun 2009

Talking about watch.

After make a lot of discussions and reviews, I have made my decision, i want to talk about watch in here. Watch?why watch? It is because "Watches are created from many aspects of science and mathematics to attain its accuracy and complicated mechanisms as a time measuring instrument" (Man Watches Guide, 2009). Therefore, if people out there have any problems pertaining to watches, brands, guide, feel free to drop by here and leave your comments.



Selasa, 16 Jun 2009

The Great Pyramid

Piramid adalah salah satu binaan paling ajaib didalam muke bumi ini..disini saye kongsikan lagi 2 gambar mengenai pyramid.


Nak tengok lagi??klik DISINI..



Sikap Amerika Syarikat keatas Pilihanraya di Iran.

Setiausaha Negara, Hillary Clinton menyatakan pendirian bahawa U.S akan sentiasa memerhatikan situasi yang berlaku sekarang dengan lebih dekat lagi. Didalam tafsiran yang lain, U.S akan cuba mencari ruang untuk mencampuri urusan dalaman negara berpendudukan Syiah yang terbesar.

Didalam konferensi di Niagara Falls, Ontario, mereka akan bersama-sama dengan penduduk dunia menunggu dan melihat apakah pilihan penduduk Iran. Ini dilihat sebagai salah satu cari U.S cuba mendaptkan kembali simpati dan keperCayaan rakyat dimana seringkali dikhianati, terutama sekali oleh bekas setiausaha U.S, Condelezza Rice, the Black Devil.

Jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs menyatakan didalam ucapannya bahawa pentadbiran Obama setakat ini berpuas hati dengan proses pilihanraya yang dipenuhi dengan debat, dan dijana oleh ramai orang-orang muda.

Sementara di Iran, kebanyakan golongan muda menolak Ahmadinejad kerana pro-konservatif dan tidak membenarkan kebebasan bersuara di negara tersebut.



Keputusan Pilihan Ray di Iran..

Pilihanraya di Iran baru saja tamat dan keputusan akhirnya menyebelahi Ahmadinejad dan sekaligus membantu beliau mempertahankan jawatan Presiden di negara Syiah itu. Pencabarnya, calon yang pro-pembaharuan dan menurut beberapa media tempatan yang melabelkan beliau sebagai pro-Barat, tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya dan mengecamnya sebagai tidak sah.

Keputusan pilihan raya Iran yang mengekalkan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden, mencetuskan konflik di negara itu, dan perkara itu menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.Lihat saja di dalam berita arus perdana, rakyat, terutama golongan muda menolak kemenangan Ahmadinejad yang dilihat sebagai pro-konservatif.

Calon pro-pembaharuan, yang juga bekas Perdana Menteri, Mir-Hossein Mousavi mengemukakan dakwaan kepada Majlis Pelindung Perlembagaan kelmarin supaya keputusan pilihan raya itu dibatalkan. Pengerusi majlis itu berkata semalam, siasatan akan dilakukan terhadap dakwaan berlaku penipuan kertas undi.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, hasrat sebenar rakyat Iran perlu dihormati dengan sepenuhnya. Beliau akan terus mengikuti perkembangan siasatan berkenaan.Walaubagaimanapun, diharapkan tiada campurtangan dari pihak luar ke atas proses demokrasi yang berlangsung di Iran.

Presiden A.S., Barack Obama pula berkata, terpulang kepada rakyat Iran untuk memilih dan menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Apa yang dapat ditafsirkan dari kata-kata Barack Obama, jelas U.S tidak mahu lagi meneruskan legasi dasar lama yang dipimpin oleh George W. Bush. Walaupun begitu, tiada sebarang perkembngan bagi proses perdamaian di Iraq dan Palestin.

Ahad, 7 Jun 2009

Sejarah Awal Negeri Sembilan

Salam semua!!!pekabo hari ni, harap sihat2 hendaknya la yek..hari ni gua nak cite ckit pasal Negeri Sembilan nih, sobab den xtaw nak cito apo da kek blog den nih,hehehe!!jadi, harap korang sabar dan toruih membaco apo yg den tulih ni yo...
Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebuh yang menerima gelaran dari Sultan Johor pada 1757.
Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato' Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Bila Dato' Moyang Saleh ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu.
1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak Undang REmbau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali ke Johor'.
Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah pemerintah keempat Negeri Sembilan.
Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja. Tapi orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat tunku Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.
Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus.
Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam diangkat menjadi raja.
Upacara pemilihan Yamtuan oleh Undang Luak Berempat hanya berlaku Negeri Sembilan 'merdeka' sepenuhnya daripada Johor. Sebelum itu, pemerintahan berjalan di bawah tadbir seorang ketua yang dipanggil Penghulu Luak yang kemuidannya dipanggil Undang. Setiap Luak ini mempunyai kuasa sendiri memerintah luaknya yang dibantu oleh Dato'-Dato' Lembaga, Buapak dan besar waris menurut sistem Adat Perpatih.
Dato' Siamang Gagap hanya mempengaruhi agar Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin dinaikkan sebagai pemangku raja sementara Dato'-Dato' Undang Luak Empat mencari jalan penyelesaian untuk mencari ganti raja. Sebab itulah antara tahun 1869 sampai 1872, Negeri Sembilan takder raja. Yang ada cumalah pemangku raja. Dengan kata lain, perlantikan Yamtuan Antah tetap tertakluk di bawah kuasa keempat-empat Dato' Undang Luak Empat itu.
Dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat asalnya daripada proses bersemenda menyemenda (nikah kahwin) antara orang-orang Minangkabau yang baru datang ke Negeri Sembilan dengan kaum Semang dan Jakun yang melahirkan keturunan suku Biduanda. Sebab itulah pesaka Undang tidak boleh disandang oleh orang dari suku lain selain suku Biduanda kerana orang yang dari suku lain itu adalah orang yang baru mendatang, bukannya penduduk asli.
Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam (1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam. Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.
Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.
Sebelum orang Minangkabau datang ke negeri itu, Negeri Sembilan didiami oleh orang Asli Semang dan Jakun. Bila orang Minangkabau yang lebih bertamadun datang meneroka,maka, dengan mudah diorang pengaruhi orang Asli itu. Kemudian berlaku proses perkahwinan antara orang Minangkabau dan Orang Asli melahirkan keturunan Biduanda yang kemudian menjadi golongan yang menentukan siapa raja.
Berdasrkan batu bersurat yang sampai sekarang masih ada di Sungai Udang Linggi Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka pada awal kurun ke-14 oleh seorang yang bernama Syeikh Ahmad. Daripada batu nesan yang terdapat di makamnya, menunjukkan dia telah meninggal dunia pada 1467, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah di Melaka.
Kebanyakan orang Minangkabau yang mula-mula datang ke Tanah Melayu terutama Negeri Sembilan, kebanyakannya beasal dari daerah sekitar Pagar Ruyong. Antara kampungnya, Sungai Tarap dan Semanik.
Jadi, tak hairanlah macam mana orang Negeri Sembilan boleh menjemput Raja Melewar jadi raja diorang pada 1773 sebab Raja Pagar Ruyong itu adalah juga raja diorang. Malah dua orang raja Negeri Sembilan selepas Raja Melewar pun dijemput dari TAnah Pagar Ruyong iaitu Yamtuan Hitam dan Yamtuan Lenggang.
Apabila cerita mengenai Negeri Sembilan..... mesti ada kaitan ngan Rembau. Ini adalah kerana Rembau merupakan negeri yg pertama wujud di Negeri Sembilan sblm tempat lain. Tu pasal Rembau digelar Nagari Nan Tuo.

Khamis, 4 Jun 2009

Cara buat duit dengan iklan di nuffnang

Ok, hari ni aku nak start cerite pasal nuffnang. Nuffnang glitterati ni adalah salah satu sumber yang boleh dibuat sebagai pendapatan sampingan. Cara die mudah sangat2, korang just kene daftar dengan nuffnang, and then follow instruction yang die bagi tuh..,ni link die,www.nuffnang.com.
Tapi bende ni ade syarat die, biase la, nak duit kan. Syarat die simple jer, korang tak boleh siarkan iklan2 lain selain yang diberikan oleh nuffnang ni tadi. Maksud aku, iklan2 yang diberi oleh mana2 syarikat asia tenggara..iklan2 dari diorang korang xleh la nak post kat blog korang. Tapi, setakat dgoogle adsense xde masalah kot, sbab aku buat memang xde masalah. Bile korang da daftar ngan nuffnang ni nanti, dalam mase 48jam diorang akan crawling korang punyer blog, and bile die da pasti xde iklan lain kat blog ko, die akan upgrade kan status korang sebagai ahli nuffnang gliterati. Apa itu ahli gliterati nih???
Antara kelebihan korang jadi nuffnang ni ialah:
1. Payment rate CPM: earning anda boleh meningkat dari 20% ke 50%.
2. Bayaran akan diterima dalam masa 30 hari selepas cash out.
3. Peluang pengiklanan: lebih cerah dari ahli biase..
4. Payment rate CPC: minimum 0.25 sen berbanding 0.15 sen bagi ahli biase..
5. Community event: dapat 70% hadiah eksklusif berbanding dengan ahli biase..
Bende ni memang mudah. Pade otai, jgn gelakkan aku plak..tapi kot2 ade newbie yang bace nih, nak try blh jer..korang pergi kat www.nuffnang.com dan daftar akaun korang. Nanti pihak nuffnang ni akan send email for confirmation kat korang punyer email..


Selasa, 2 Jun 2009

Salam..

Huarghh!!!ngantuk eh lak ai..baru bangun nih, igt nak solat subuh dulu t,.eemm, tadi den baco paper pasal mat peragut nih..memang hampeh la diorang,..nak ragut pon, pk la dulu.ni ado ko ragut beg orang mengandung, orang tue..Cari la orang yang kayo2 ckit.Bukan den nak menggalakkan, tapi cbo korang tengok, makin lamo makin terok. Yang kono ragut pun satu hal, pki beg silang kek tgn, corah la mato peragut 2..eemm, dunio2, agak2 eh ni pon satu petando kek nak kiamat ni..wallahualam..